TUJUH PULUH TAHUN SESUDAH AKTA HASUTAN DIPERKENALKAN

Disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 26/11/2018 Pada tanggal 19 Julai akan datang, genaplah tujuh puluh tahun pengenalan Akta Hasutan 1948 di Semenanjung Malaysia. Sebelum undang-undang itu atau nama asalnya Ordinan Hasutan 1948 diperkenalkan, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat masing-masing mempunyai undang-undang tersendiri dalam menanggani jenayah hasutan. Misalnya Printing Presses and Seditious Publications Enactment, 1931 (No. … Continue reading TUJUH PULUH TAHUN SESUDAH AKTA HASUTAN DIPERKENALKAN

MANSUHKAN AKTA ANTI-BERITA TIDAK BENAR

Frasa ‘fake news’, berita palsu atau tidak benar mula mendapat perhatian dunia setelah dipopularkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Biarpun tindakan penyebaran maklumat palsu bukanlah satu fenomena baru, masyarakat global dilihat terpanggil mengambil langkah tertentu untuk membendungnya. Maka kita lihat beberapa negara telah menggubal undang-undang anti-berita palsu. Di Malaysia, Akta Antiberita Tidak Benar (AATB) … Continue reading MANSUHKAN AKTA ANTI-BERITA TIDAK BENAR

PASCA BICARA: PENCEROBOHAN LAHAD DATU

Pada tanggal 15 Januari lalu,  berakhirlah proses pengadilan bagi tertuduh-tertuduh yang terlibat dalam peristiwa pencerobohan dan serangan di Lahad Datu pada 2013. Setelah hampir 5 tahun, sembilan tertuduh akhirnya telah disabitkan secara muktamad bagi kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka semua dijatuhi hukuman gantung sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan. … Continue reading PASCA BICARA: PENCEROBOHAN LAHAD DATU

NIKMAT MERDEKA DARIPADA KEGANASAN

Disiarkan dalam Berita Harian pada 31 Ogos 2017. Tatkala kemerdekaan diraih pada 31 Ogos 1957, negara masih dalam keadaan darurat.  Pentadbiran British mengistiharkan darurat pada 1948 dan kekal hingga 1960 dalam usaha menghadapi gugatan keselamatan yang didalangi kumpulan bersenjata Komunis. Maka pembinaan awal negara turut dibayangi ancaman keganasan dan isu-isu keselamatan. Sebagai contoh, berdasarkan beberapa … Continue reading NIKMAT MERDEKA DARIPADA KEGANASAN

HADAPI TERRORISME SECARA RASIONAL

(Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 24 Mei 2017) DALAM bahasa Inggeris, kata dasar bagi istilah terrorism adalah terror yang bermaksud ketakutan yang melampau. Perkataan irhab dalam bahasa Arab pula, yang membawa maksud terrorisme, berasal dari istilah rahbun yang juga bererti ketakutan. Hakikatnya, itulah matlamat utama terrorisme. Aksi keganasan dilancarkan bagi menimbulkan rasa gerun anggota masyarakat dalam sesebuah … Continue reading HADAPI TERRORISME SECARA RASIONAL

ULASAN BUKU: OTTO VON BISMARCK – CANSELOR PERTAMA JERMAN DAN TOKOH POLITIK TERAGUNG KURUN KE-19

Oleh: Mukhriz Mat Rus, Penterjemah buku ini (*) Barangkali ada yang sifatkan Otto von Bismarck secara mudahnya sebagai ‘haiwan politik’ lantaran pendekatan realpotilik yang disandarkan padanya. Pendekatan siasah yang dianggap menuntut pengamalnya untuk sanggup mengorbankan prinsip yang dipegang demi kelansungan dan cita-cita politik.    Namun ‘realpolitik’ Bismarck bukan sekadar apa yang cuba diterjemahkan oleh kamus … Continue reading ULASAN BUKU: OTTO VON BISMARCK – CANSELOR PERTAMA JERMAN DAN TOKOH POLITIK TERAGUNG KURUN KE-19

KANUN DITALA RAMBANG SUKAR LAWAN TERRORISME

Disiarkan dengan suntingan oleh Berita Harian bertarikh 19 April 2017. Terorisme hakikatnya bukanlah ancaman keselamatan baru bagi kebanyakan negara, termasuk Malaysia. Namun sifat dan bentuknya yang beragam menjadikan fenomena keganasan kini sukar difahami dan dibasmi. Serangan bersendirian tanpa berbekalkan senjata berat di kota London baru-baru ini misalnya, menunjukkan betapa jenayah sebegitu dengan mudah dilancarkan di … Continue reading KANUN DITALA RAMBANG SUKAR LAWAN TERRORISME

MENGHUKUM ATAU MEMBERI PENGAJARAN

(Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 13 Mac 2017 dengan suntingan pada tajuk rencana) PERBINCANGAN umum ber-
hubung undang-undang jenayah dan hukumannya nampaknya mendapat tempat di negara ini sejak akhir-
akhir ini. Bagi penulis, perkembangan positif ini wajar diraikan berdasarkan dua asas utama. Pertama, perdebatan umum berhubung undang-undang atau polisi awam adalah petunjuk kematangan sebuah negara. Penyertaan rakyat dalam penggubalan undang-undang … Continue reading MENGHUKUM ATAU MEMBERI PENGAJARAN

MELAWAN KEGANASAN DENGAN HATI DAN MINDA

Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 22 Disember 2016 ‘Penyelesaiannya bukan bergantung kepada sebesar mana angkatan tentera ditempatkan dalam hutan, tapi terletak pada hati dan minda rakyat’ - Itu adalah terjemahan kata-kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Bri­tish di Malaya, Sir Edward Templer ketika berdepan pembe­rontak Komunis di Malaya ketika darurat 1948 hingga 1960. Pendekatan tersebut acapkali dirujuk sebagai winning … Continue reading MELAWAN KEGANASAN DENGAN HATI DAN MINDA

MENGHERET PENGGANAS KE MUKA PENGADILAN

Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 21 September 2016   USAHA membanteras keganasan atau terrorisme menuntut kepada strategi yang menyeluruh melibatkan pelbagai upaya dari segenap segi. Selalunya, mana-mana kerajaan di dunia ini mengambil beberapa pendekatan termasuk tindak balas reaktif terhadap peristiwa terrorisme yang berlaku di negara sendiri atau memperkenalkan undang-undang baharu berdasarkan kaedah ‘trial and error’ dalam berhadapan … Continue reading MENGHERET PENGGANAS KE MUKA PENGADILAN