KANUN DITALA RAMBANG SUKAR LAWAN TERRORISME

Disiarkan dengan suntingan oleh Berita Harian bertarikh 19 April 2017. Terorisme hakikatnya bukanlah ancaman keselamatan baru bagi kebanyakan negara, termasuk Malaysia. Namun sifat dan bentuknya yang beragam menjadikan fenomena keganasan kini sukar difahami dan dibasmi. Serangan bersendirian tanpa berbekalkan senjata berat di kota London baru-baru ini misalnya, menunjukkan betapa jenayah sebegitu dengan mudah dilancarkan diContinue reading “KANUN DITALA RAMBANG SUKAR LAWAN TERRORISME”

MENGHUKUM ATAU MEMBERI PENGAJARAN

(Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 13 Mac 2017 dengan suntingan pada tajuk rencana) PERBINCANGAN umum ber-
hubung undang-undang jenayah dan hukumannya nampaknya mendapat tempat di negara ini sejak akhir-
akhir ini. Bagi penulis, perkembangan positif ini wajar diraikan berdasarkan dua asas utama. Pertama, perdebatan umum berhubung undang-undang atau polisi awam adalah petunjuk kematangan sebuah negara. Penyertaan rakyat dalam penggubalan undang-undangContinue reading “MENGHUKUM ATAU MEMBERI PENGAJARAN”

MELAWAN KEGANASAN DENGAN HATI DAN MINDA

Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 22 Disember 2016 ‘Penyelesaiannya bukan bergantung kepada sebesar mana angkatan tentera ditempatkan dalam hutan, tapi terletak pada hati dan minda rakyat’ – Itu adalah terjemahan kata-kata bekas Pesuruhjaya Tinggi Bri­tish di Malaya, Sir Edward Templer ketika berdepan pembe­rontak Komunis di Malaya ketika darurat 1948 hingga 1960. Pendekatan tersebut acapkali dirujuk sebagai winningContinue reading “MELAWAN KEGANASAN DENGAN HATI DAN MINDA”

MENGHERET PENGGANAS KE MUKA PENGADILAN

Disiarkan  di Utusan Malaysia pada 21 September 2016   USAHA membanteras keganasan atau terrorisme menuntut kepada strategi yang menyeluruh melibatkan pelbagai upaya dari segenap segi. Selalunya, mana-mana kerajaan di dunia ini mengambil beberapa pendekatan termasuk tindak balas reaktif terhadap peristiwa terrorisme yang berlaku di negara sendiri atau memperkenalkan undang-undang baharu berdasarkan kaedah ‘trial and error’ dalam berhadapanContinue reading “MENGHERET PENGGANAS KE MUKA PENGADILAN”

PENGGANAS SOLO: KEGILAAN POLITIK DAN GANGGUAN MENTAL?

Walaupun tiada definisi tuntas dan disepakati pakar dan pengkajinya, terrorisme atau keganasan acapkali ditakrifkan sebagai ‘penggunaan kekerasan atau ugutan secara salah atau tidak sah bagi mencapai cita-cita politik’. Sebahagian pengkaji terrorisme memasukkan elemen tambahan, seperti tujuan aksi keganasan dilakukan adalah bagi menimbulkan ketakutan atau menarik tarikan masyarakat umum.             Begitu juga mengenai sasaran utama perbuatanContinue reading “PENGGANAS SOLO: KEGILAAN POLITIK DAN GANGGUAN MENTAL?”

MELAWAN KEGANASAN MELANGKAUI PERBALAHAN SEKTARIAN DAN IDEOLOGI

Disiarkan dengan suntingan di Utusan Malaysia pada 7 Mac 2016 bertajuk, ‘Jangan Berbalah Tentang Keganasan’ Oleh : Mukhriz Mat Rus  Wujud kecenderungan beberapa pihak kebelakangan ini untuk menuding jari secara umum kepada beberapa kumpulan minoriti tertentu dalam usaha melawan keganasan. Adalah amat mustahak untuk strategi melawan terorisme direncanakan melangkaui perbezaan fahaman agama dan pertelingkahan sektarian yang telahContinue reading “MELAWAN KEGANASAN MELANGKAUI PERBALAHAN SEKTARIAN DAN IDEOLOGI”

MEMAHAMI ANCAMAN PENGGANAS SOLO (LONE WOLF-TERRORIST)

Oleh : Mukhriz Mat Rus  Terdapat beberapa usaha para pengkaji terrorisme untuk memahami fenomena itu dengan mengkelaskan berdasarkan faktor masa, sifat dan latar politik dunia. Selain teori David Rapoport yang masyhur membahagikan keganasan antarabangsa kepada beberapa era iaitu; anarkis, nasionalis atau anti-penjajahan, kebangkitan kiri dan keagamaan, Mark Sageman dalam bukunya ‘Leaderless Jihad’ pula mengklafikasikan tigaContinue reading “MEMAHAMI ANCAMAN PENGGANAS SOLO (LONE WOLF-TERRORIST)”

MEMERANGI PROPAGANDA LICIK ELAK TERPERANGKAP JERAT IS

Oleh: Mukhriz Mat Rus Disiarkan secara atas talian oleh BH Online  pada 29 Disember 2015 Ungkapan ‘Kill one, frighten ten thousand’ (Bunuh seorang, takutkan 10,000 orang), ini gambaran mudah tetapi tuntas mengenai keganasan yang turut dipilih oleh sarjana Pengajian Keganasan, Alex P Schmid dalam cubaannya mendefinisikan fenomena global ini. Dalam perbuatan jenayah biasa, penjenayah menyasarkan mangsaContinue reading “MEMERANGI PROPAGANDA LICIK ELAK TERPERANGKAP JERAT IS”

KERJAYA PALING BERBAHAYA?

  Disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 19 September 2015 dan secara atas talian di Utusan Online Oleh: Mukhriz Mat Rus MISTERI kehilangan se­­orang Timbalan Pen­dakwa Raya ka­nan baru-baru ini, terjawab dengan pe­nemuan mayatnya kelmarin. Persoalan sama ada ‘pembunuhannya’ berkaitan tugas atau sebaliknya akan dirungkai selepas pihak polis menyelesaikan siasatan. Namun media sudah melaporkan perkaitanContinue reading “KERJAYA PALING BERBAHAYA?”